Saturday, November 19, 2011

Pengguna Dapat Faedah, Kerajaan Jimat RM6.5 Bilion Dengan Semakan Perjanjian Konsesi Tol

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Pemerolehan aset dan liabiliti PLUS Expressways Bhd (PEB) oleh UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memberi laluan kepada kadar tol yang lebih baik kepada pengguna dan penjimatan RM6.5 bilion bagi kerajaan.

UEM Group dan KWSP hari ini mengumumkan yang mereka bersetuju untuk menyemak semula terma perjanjian konsesi tol dengan kerajaan, di mana tiada kenaikan tol di empat lebuh raya sehingga 2015 dan kerajaan tidak akan membuat sebarang pembayaran ganti rugi.

Pengarah Urusan /Ketua Pegawai Eksekutif UEM Group Datuk Izzaddin Idris berkata empat lebuh raya berkenaan adalah :
  1. Lebuh raya Utara Selatan (PLUS), 
  2. Lebuh raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE),
  3. Lebuh raya Link Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) 
  4. Lebuh raya Butterworth-Kulim (BKE).
Mulai 2016 :
  1. Kenaikan kadar tol di empat lebuh raya ini akan ditetapkan pada 5 peratus setiap tiga tahun
  2. Oleh itu pengguna bakal menghadapi kenaikan sebanyak 7 kali pada :
  • 2019
  • 2022
  • 2025
  • 2028
  • 2031
  • 2034
  • 2037
Walaubagaimanapun, jambatan Pulau Pinang akan KEKAL sebagaimana bayaran semasa sehingga akhir tempoh konsesi.


Pada masa in kenaikan tol adalah :

  1. PLUS (10 peratus setiap tiga tahun)
  2. ELITE (10 peratus setiap tiga tahun)
  3. Linkedua (25 peratus setiap lima tahun)
  4. BKE (15-25 peratus setiap lima tahun)
  5. Jambatan Pulau Pinang (10 peratus setiap lima tahun)
Pada taklimat media dan sidang akhbar mengenai cadangan pemerolehan itu di sini, Izzaddin berkata PEB juga :
  • akan mengecualikan RM2.9 bilion dalam baki ganti rugi tertunggak semasa pembekuan kenaikan tol sehingga 2015, yang akan sebaliknya menyebabkan kerajaan menanggung RM3.6 bilion.
  • RM 3.6 billion - RM 2.9 billion = RM 0.7 billion 
Cara penukaran :
1 billion = 1,000,000,000
3.6*1,000,000,000=3,600,000,000
2.9*1,000,000,000=2,900,000,000
0.7*1,000,000,000=700,000,000

Rujukan pengiraan :
Pembekuan kenaikan tol diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lepas.

Tiada lanjutan tempoh konsesi yang akan berakhir pada Disember 2038 bagi:

  1. PLUS 
  2. Linkedua
Bagaimanapun, tempoh konsesi 3 lebuhraya akan dilanjutkan kepada Disember 2038.
  1. ELITE
  2. BKE
  3. Jambatan Pulau Pinang
Tarikh tamat tempoh semasa ialah :
  1. ELITE (31 Mei, 2030)
  2. BKE (27 Jun, 2026)
  3. Jambatan Pulau Pinang (31 Dis, 2021).
Beliau berkata UEM dan KWSP dijangka menyelesaikan pemerolehan dan pemegang saham minoriti PEB akan menerima pembayaran mereka pada 31 Dis tahun 2011 ini.

Apabila selesai kelak:
  • UEM akan memiliki 51 peratus perantara tujuan khas untuk pemerolehan berkenaan, PLUS Malaysia, 
  • KWSP 49 peratus.
Total (UEM + KWSP) : 100 peratus
                            Baki :     0 peratus
    Pada masa ini :
    • UEM menguasai 38.5 peratus pegangan dalam PEB 
    • KWSP 12.4 peratus.
    Total (UEM + KWSP) :  50.9 peratus
                               Baki  :  49.1 peratus
        Sumber : BERNAMA

      No comments: